Sunday, 31 January 2016

DATIN SERI ROSMAH MANSOR DIANUGERAH �FIRST LADY� KEDUA TERCANTIK DI ASIA

DATIN SERI ROSMAH MANSOR DIANUGERAH �FIRST LADY� KEDUA TERCANTIK DI ASIA



Kuala Lumpur -Siapa sangka, disebalik sifatnya yang penyayang, Datin Seri Rosmah Mansor juga seorang yang cantik. Buktinya, beliau sudah dimasukkan dalam senarai 10 First Lady Asia.

Tahniah Datin Seri Rosmah Mansor kerana berada ditangga ke dua dibelakang Puteri Haya dari Jordan dan menjadi �First Lady� kedua tercantik di Asia.

Memetik listabuzz.com, berikut disenaraikan ranking 10 teratas

1. Puteri Haya (Dubai)first lady tercantik di Asia1 (1)





2. Rosmah Mansor (Malaysia)





3. Permaisuri Jetsun Pema (Bhutan)







4. Asma Al-Asaaad (Syria)









5. Permaisuri Rania (Jordan)















6. Mozzah Nasser (Qatar)










7. Ho Ching (Singapore)

















8. Mehriban Aliyeva (Azerbaijan)






9. Peng Liyuan ( China)



INI 10 MAKANAN YANG CEPAT MEMBAKAR LEMAK DAN MUDAH DIPEROLEHI!!!

INI 10 MAKANAN YANG CEPAT MEMBAKAR LEMAK DAN MUDAH DIPEROLEHI!!!


Hai semua...
Eh... korang ada rasa tak badan korang sekarang ni lemaknya dah setinggi gunung...hehehe.. Korang tak tau lah, tapi yang pastinya efa ni ha.... lemaknya semakin menjadi-jadi.... So, kat sini efa nak kongsikan sedikit  tips. 


Hasil carian imej untuk badan berlemak

10 makanan yang membakar lemak dengan cepat.
1. Oats 
Bukan sahaja mengenyangkan dan sedap, oat juga membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan. Jadi amalan mengambil oat setiap pagi sangat membantu rutin diet anda

2. Telur
Telur adalah sumber yang kaya protein tetapi rendah kalori. Telur membantu badan membina otot dan meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh.

3. Buah Epal
Kaya dengan antioksidan. Ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita

4. Cili Hijau
Mengandungi Capsaicin yang membantu membakar kalori dalam badan dengan cepat.

5. Bawang Putih
Mengandungi Allicin yang bertindak sebagai anti-bakteria dan berupaya mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam badan.


6. Madu
Madu yang diminum bersama air suam setiap pagi, membantu membakar lemak dalam badan

7. Green Tea
Tea yang paling efektif untuk menurunkan berat badan. Mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan yang cepat ambil green tea 2x cawan sehari

8. Wheat Grass
Atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Rumput Gandum, membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan lemak dalam tubuh.

9. Tomato
Membantu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu badan menyerang sel kanser. Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikkan.

10. Dark Chocolate
Mengandungi Flavonoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan dan membakar lemak degil. 

'SAYA AMAT BENCI ORANG CINA ! SEBAB ....' - STATUS RASIS LELAKI INI DAPAT LEBIH 30,000 LIKE !!!


'SAYA AMAT BENCI ORANG CINA ! SEBAB ....' - STATUS RASIS LELAKI INI DAPAT LEBIH 30,000 LIKE !!!


Secara ringkasnya, status berkenaan menceritakan alasan lelaki tersebut tidak menggemari kaum Cina dan India. Tetapi jangan salah faham, ia bukannya rasis.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Eddie Putera menyampaikan mesej tersebut.

Status Eddie Putra : Puiii

Saya amat benci orang cina. Sebab dia orang bawa itu Cantonese Mee mari Malaya. Banyak sedap. Saya mau cuba bikin tapi tak sedap macam cina bikin. puiiiiii

Saya amat benci orang India sebab bawa itu banana leaf kari sini Malaya mari. Banyak sedap. Saya cuba bikin itu macam punya kari tapi tak jadi. puiiiiiiii


Saya tarak suka Cina Apek. Sebab dia bikin Chilli Crab manyak sedap. puiiii. Saya tarak wang mau makan crab. puiiiiii

Saya tarak suka Itu India uncle jual kacang depan CIMB. Dia punya kacang sedap. hari hari mau bili. puiiiii wang juga kasi habis.

Kanena tiu na seng pundek. Sudah sebati dalam kita punya hidup. Itulah warna warna indah hidup Malaysia.

Cilaka orang cina banyak kaya makan babi. puiii. Dia kaya sebab dia rajin kerja maaaaa. kita kalau rajin pun boleh kaya maaaaaaa. Dia makan babi sebab dia punya ugama tarak marah. Kita punya ugama marah, so pergi makan ayam laaaa. lagi mau cerita.

Pundek orang India minum todi. itu lu worang jangan jeles la. Melayu tarak boleh minum todi, pergi minum air sirap laa. itu pun mau kasi gaduh ka?

Itu Chan Maxby manyak tarak guna punya orang tua cina. Dia angkat gambar manyak cantik. kasi saya jeles. Andrew Boey pun wa menci, hari hari ada amoi cantik sana dia punya studio. puiiii. Kl Yeam saya benci. kasi racun saya macam macam camera. Edward Chan lagi cilaka sebab manyak slim walaupun sudah tua. puiiiiii. Irene Chen saya juga benci sebab dia angkat gambar macam magic, banyak cantik.

Muralidharan Nair banyak saya tarak suka itu India, sebab kasi saya banyak job photo golf , sampai saya tak boleh rehat. puiiii. Edward Saminathan memang tarak guna punya kaki, dia pigi cameron highlands tarak ajak saya. puiiiiii. Joe Beez saya tak suka juga, sebab masuk saya punya kelas, sekarang sudah pandai.

Puiii la lu worang. Malaysia indah. Jangan kasi kacau sebab lu mau sana duduk atas curi kami punya freedom, kami punya harmony. 1000 kali puiiiii.



IKUTI PENDEDAHAN FITNAH RAKYAT MALAYSIA KEPADA MONA FENDY

IKUTI PENDEDAHAN FITNAH RAKYAT MALAYSIA KEPADA MONA FENDY

?


di bongkarkan oleh pegawai penjara-fitnah Terbesar Rakyat Malaysia Kepada Mona Fendy -elok korang baca KISAH SEBENAR nya sini

skadar kongsi bsama...

Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey?

Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.

Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu?

Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantungdengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu?

Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.

Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

�Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

"Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

�Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

"Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

�Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

"Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan �salam� yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,� katanya.

Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.

?

Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.

Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan �ilmu hitam� dimilikinya.

�Saya panggil Mona �Makcik� dan dia panggil saya �Cik Jah�. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

"Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.
"Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang �salah�. Apa yang saya dengar adalah perkataan �Subhanallah� yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,

?Sarjan Azizah (kiri) bersama Mona Fandey

�Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

�Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

�Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas,� katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.

�Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

"Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,

�Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

"Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,� seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya.

Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.

Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris?

Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.

Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan.

Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan... (Azizah terdiam)

�Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

"Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah terbukti tidak bersalah dalam kes pembunuhan ini dan dia telah dibebaskan oleh pihak mahkamah.
"Namun, Mona terpaksa memberi kata dua pula terhadap pembebasannya itu. Jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

�Peguambela Mona juga pernah memujuknya untuk menerima pembebasan itu tetapi tetap ditolak Mona tanpa pembebasan Affandi bersama. Itu pilihan Mona.

"Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

�Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,� ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.

?Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:

�Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia."

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.

�Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?

"Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?

�Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

"Mona jawab dia nak pergi 'shopping'! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di 'corner' bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

"Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,

�Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.
?Jelas Sarjan Azizah, cerita-cerita mistik dilaporkan media hanyalah rekaan semata-mata.

"Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,� katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat �digeruni� rakyat Malaysia dan �kononnya� pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.

Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

"Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua." � Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?

Atau anda lebih selesa untuk terus memahami �cakap-cakap� orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan �trend� bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masih ingat pada Mona fandey?Seorang bomoh yang sangat terkenal dengan ilmu hitam?Tengok muka dia pon dah boleh nightmare kan?Aku pernah pergi ke rumah yang dikatakan rumah Mona fandey di seksyen 12,shah alam,
Tapi ada yang kata tu bukan rumah Mona fandey,tu rumah orang india yang ditinggalkan dan kawan seksyen 12 tu memang kawasan yang terawal di shah alam,design rumah banglo disitu pon,old fashion sangat.Ada istana di situ,istana yang telah ditinggalkan,agak besarlah jugak.Malam or maghrib kawasan seksyen 12 akan start sunyi.Ada jugak yang mengatakan ramai orang suka buang benda belaan di kawasan seksyen 12 tu. Berbalik kepada kes Mona Fandey,Mona

fandey,38,affandi,37 dan pembantunya Juraimi,24 didapati bersalah kerana telah membunuh ramai orang dan yang paling kejam,dia telah mengerat badan Allahyarham Dato' Mazlan kepada 18.Tapi aku dengar cerita,Mereka ada kerat mayat seorang perempuan,dan mayat tu dijumpai di rumah yang lain,yang tu aku tak sure.Mereka bertiga didapati bersalah dan menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam,Allahyarham Dato' Mazlan di sebuah rumah

tanpa nombor di kampung peruas,Hulu Dong,raub di antara jam 11 malam 2 julai hingga 9.30 malam 13 julai 1993.Masa ni umur aku baru masuk 3 tahun.Di rumah tak bernombor itu juga,polis telah menjumpai anggota badan Allahyarham Dato' Mazlan yang telah dikerat 18.Kenapa Allahyarham menggunakan khidmat Mona Fandey?





Dipercayai Allahyarham telah lama kenal dengan Mona Fandey,dan Allahyarham menggunakan Mona fandey kerana ingin cepat kaya Gambar ni menunujukkan tongkat sakti dan songkok hikmat milik Affandi yang bernilai 2.5 juta hengget dan harus dipakai masa upacara spiritual,Affandi telah menjualnya kepada Allahyarham dengan cengkeram RM 500,000 dan Allahyarham juga telah menyerahkan geran tanahnya yang bernilai RM 2juta sebagai baki bayaran,Benda alah ni dikatakan boleh membuat Allahyarham menjadi menteri besar.Correct me if im wrong.

Waktu perbicaraan ramai yang cakap "Mona makin lawa! Mona makin Lawa!".Mona Fandey seorang yang sangat suka bergaya.Kadang-kadang di waktu perbicaraan,pakaian Mona fandey terlalu seksi,nasib baik hakim tak kata apa-apa.Ada yang cakap Mona pakai pemanis pejadah haram semua,tapi mengikut fakta mahkamah,Mona fandey membuat beberapa pembedahan plastik di muka.Dr Wong,Doktor yang membedah muka Mona Fandey menyatakan yang Mona Fandey meminta untuk menjadikan wajahnya menjadi lebih muda dan cantik.Cantik ke Mona Fandey?Pada pandangan aku,seram.








Aku taknak cerita banyak pasal Mona Fandey sebab dalam entri aku yang lama pon aku dah cerita pasal Mona Fandey.Yang aku nak cerita sekarang ni,macam mana Mona Fandey,Affandi dan Juraimi memotong Allahyarham.Gambar di atas adalah bahagian badan Allahyarham yang telah diekerat 18.tertuduh pertama adalah pembantu Mona Fandey iaitu Juraimi,tertuduh kedua adalah

Affandi,tertuduh ketiga adalah Mona Fandey.Juraimi mengaku telah menetak Allahyarham .Dalam kenyataan Juraimi. "saya tetak leher Dato Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi."Juraimi mengaku lagi yang dia memotong sendi dan melapah kulit serta daging selepas mendapat arahan dari Affandi.Perlu diketahui bahawa juraimi adalah seorang pembantu yang setia,jujur dan amanah tapi lakhanat.Kemudia Juraimi masukkan Tulang dan daging ke dalam baisn dan curahkan ke dalam lubang stor yang telah digali seminggu lebih awal.Langkah terakhir yang dibuat Juraimi adalah menyimennya.Menurut Juraimi lagi kejadian itu telah dirancang oleh Mona Fandey dan Affandi di rumah milik Allahyarham di kampung peruas.Juraimi mengerat,menyelesaikan segalanya dalam masa setengah jam SAHAJA.
Mula-Mula Allahyarham diminta oleh Mona Fandey untuk memakai kain sahaja seelum masuk ke bilik air.Affandi pula membawa dua biji bantal dan selimut dan sudah bersiap sedia di dalam bilik air tersebut.Kemudian,Allahyarham diarahkan untuk berbaring,dan

Mona Fandey duduk di bahagian kepalanya sambil Mona Fandey meletakkan bunga di kepala Allahyarham.Ketika Allahyarham dalam keadaan macamtu,Affandi berkata kepada Allahyarham "Dato baring,nanti ada suara ghaib berkata,duit sebanyak ini akan jatuh".Orang kalau nak cepat kaya macam-macam sanggup buat,perbuatan syirik pon sanggup.Lepastu Affandi menutup mata mazlan dengan tangannya,kemudian Affandi memadam lampu dan menyalakan lilin dan berkata pada juraimi.JAP Sebelum tu nak bagitau Gondrong adalah nama samaran bagi Juraimi."Rong(Gondrong) tetak biar kena tepat,jangan salah tempat,kalau tidak,habislah".Kemudian Affandi beri isyarat tangan dan Juraimi menjalankan tugasnya untuk menetak segala bagai.


entah. Ala malula nak cerita.kahkah.Dr yang telah melakukan bedah siasat ke atas Allahyarham mengatakan yang bahagian betis kedua dua kiri dan kanan serta otot-otot lengan kanan Allahyarham hilang,lapisan dinding lemak pada abdomen pon hilang,hati,pundi hempedu,buah pinggang  dan usus dalam proses pembusukkan

.Badan Allahyarham telah ditetak kepada 18 bahagian iaitu bahagian kepala yang telah dipisahkan daripada leher.bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada  bahagian ketiak,serta kedua-dua kaki tercerai pada pangkal peha.Bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pergelangan tangan dan siku sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian.Kaki kiri dan kanan jasad terputus kepada tiga bahagian iaitu pada peha,lutut dan buku lali.Ada yang cakap bahagian yang hilang tu dimakan oleh mereka.WallahualamSeram nehhh.

KENAPA ALLAH PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL? INILAH JAWAPANNYA YANG AMAT MENGEJUTKAN!!!!

KENAPA ALLAH PILIH NABI ISA UNTUK MEMBUNUH DAJJAL? INILAH JAWAPANNYA YANG AMAT MENGEJUTKAN!!!!



Dalam kitab suci telah dituliskan bahwa kelak pada akhir zaman Nabi Isa akan turun kembali untuk membunuh Dajjal yang telah menyesatkan seluruh umat manusia. Dengan demikian, apakah berarti bahwa Nabi Muhammad bukanlah Nabi yang terakhir? Jawabannya tidak. Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir umat Islam dan tidak akan ada lagi Nabi lainnya yang akan muncul setelah Nabi Muhammad. Kemunculan kembali Nabi Isa bukanlah sebagai Nabi melainkan sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW dan beliau telah mengemban tugas untuk membunuh Dajjal.

Kenapa Allah SWT memilih Nabi Isa untuk membunuh Dajjal? Kemunculan Nabi Isa kelak di akhir zaman telah dijelaskan secara gamblang dalam hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari. Dalam hadits Nabi itu telah dijelaskan bahwa kelak Isa Ibnu Maryam akan turun kembali ke bumi untuk menegakkan kebenaran dan menjadi hakim yang adil, dia akan mematahkan salib-salib, menghentikan jizyah, membunuh babi-babi yang ada, memberikan harta dalam jumlah yang sangat besar sehingga tidak akan ada seorang manusiapun yang akan mau menerima harta itu.

Nabi Isa turun ke bumi untuk yang kedua kalinya di menara putih Damaskus, Hal ini juga telah dijelaskan secara jelas dalam hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim. Dalam hadits telah disebutkan bahwa Isa akan diturunkan kembali di atas menara putih Damaskus dan kedua tangannya akan memegang bahu kedua malaikat yang mendampinginya. Nafas Isa tidak bisa dicium oleh orang-orang pengikut Dajjal dan Isa akan mencari serta membunuh Dajjal di pintu Lud. Setelah berhasil membunuh Dajjal, Isa pergi untuk mendatangi suatu kaum yang dilindungi oleh Allah dari Dajjal dan dia menceritakan kepada kaum yang dilindungi Allah itu akan derajat mereka kelak di syurga.

Kenapa Allah pilih Nabi Isa untuk hancurkan Dajjal? Kemunculan Isa di bumi ini adalah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Isa akan muncul kedua kalinya sebagai pengikut Nabi Muhammad. Hal ini telah dijelaskan dalam hadits Nabi yaitu setelah berhasil membunuh Dajjal, Isa akan pergi ke Al-Quds dan dia akan sholat di belakang seorang imam muslim. Tidak hanya itu saja, Isa akan mematahkan seluruh salib yang ada di dunia ini, membunuh babi, dan menghapus jizyah.


Kemunculan kembali Isa ini untuk menepati janjinya kepada umat Kristen dan Yahudi. Dalam kitab mereka telah tertulis bahwa akan datang seorang juru selamat atau sang messiah pada akhir zaman untuk mendirikan kerajaan Tuhan. Nabi Isa kembali untuk menepati janjinya dan Dia adalah sang messiah itu yang akan mendirikan kerajaan Tuhan, yaitu kerajaan Allah, sehingga kelak semua umat manusia akan memeluk agama Islam. Inilah kisah Nabi Isa A.S. membunuh Dajjal dan menjadi hakim adil yang akan membawa seluruh umat manusia ke jalan yang benar.

Menurut hadist Nabi, Isa akan memimpin umat manusia dalam kurun waktu 40 tahun lamanya dan pada masa itu tidak akan ada lagi agama lain selain agama Islam. Itulah beberapa informasi seputar jawaban Kenapa Allah SWT Pilih Nabi Isa Untuk Membunuh Dajjal.

USTAZ DR. FATHUL BARI PERJELAS �WAJIB TAAT PM WALAU DIA CURI HARTA RAKYAT�


USTAZ  DR. FATHUL BARI PERJELAS �WAJIB TAAT PM WALAU DIA CURI HARTA RAKYAT�



DR FATHUL Bari Mat Jahya menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan �wajib taat Perdana Menteri walaupun dia mencuri harta rakyat�, sepertimana diviralkan di media sosial.

Menerusi Facebook dan laman web Dr Fathul berkata, dia tidak pernah menyebut seperti itu di mana-mana kuliah dan ceramah yang pernah dihadiri seumur hidupnya.

Jika dilihat secara adil di posting yang turut disertakan video kuliahnya, Dr Fathul mengatakan apa yang ingin disampaikan jauh tersasar daripada apa yang viral.

Page Facebook Mahathir The Legend sebelum ini mengeluarkan gambar Dr Fathul bersama kenyataan berbunyi, �Ini serious. Jangan kutuk Najib. Nanti ampa tak masuk syurga. Ingat. Kalau nak masuk syurga kena dapat syafaat dari Najib. So tulislah ramai ramai di wall masing masing I LOVE PM walau kita tahu dia penyamun paling tarbus nescaya AKAN MASUK SYURGA. Fatwa dari Wahab Bee Enterprise. Boleh bagi ticket free ke syurga. Tajaan 1mdb. Di jamin PMO. Cam hareeeem�.bila dah kantoi mencuri dan dan bok kluaq faktwa apa bala yellow semua. Agama tanpa segan silu jadi mainan.�

Berikut adalah kenyataan penuh penafian Dr Fathul berkenaan dakwaan di atas:

�Komen DFB adalah bersifat umum dan pendirian kami dalam isu seumpama ini adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam:

????? ????????? ??????????? ????????? ???????????? ??????? ??????? ??????? ???? ???? ???????? ????????????? ?????? ?????? ????????????? ???? ?????? ???? ???????

�Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).� [Hadis Riwayat Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629]

Admin ingin menasihati mereka-mereka yang memfitnah supaya menghentikan fitnah tersebut dan bertaubatlah kepada Allah.


Admin juga mencabar mereka yang memfitnah supaya membawa bukti yang DFB pernah menyebut ayat sebegitu yang bertujuan memburukkan Perdana Menteri.

Admin mohon semua supaya memeriksa dahulu informasi yang diterima sebelum mempercayainya kerana berita dari sumber fasiq dan munafiq tidak boleh dijadikan tuduhan dan hujah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

�Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu� [Al Hujurat:6].

Untuk memudahkan lagi anda memeriksa info yang diterima berkaitan berita ini, admin telah menyenaraikan rakaman dari pihak kami sendiri bagi setiap isu berkaitan pemerintahan yang sempat admin rakamkan selama DFB berkuliah dan berceramah.

Senarai ini hanya untuk video rakaman terpilih berkaitan isu �pemerintahan� sahaja dan admin yakin anda semua tidak akan menjumpai ayat batil yang telah viral di media sosial itu dari mana-mana video rakaman yang disenaraikan mahupun yang tidak disenaraikan.

KISAH SEBENAR DISEBALIK PENCIPTAAN LAGU POTRET YANG MENJUARAI AJL30

KISAH SEBENAR DISEBALIK PENCIPTAAN LAGU POTRET YANG MENJUARAI AJL30



�Lagu Potret ialah gambaran pengalaman saya ketika kehilangan seorang ustaz yang saya kagumi ketika belajar di sebuah sekolah agama,� kata Kamar Empayar atau Afham Zulhilmi mengenai karya Potret. 


Penulis lirik yang juga abang kepada penyanyi, Akim, itu berkata, beliau mencuba sebaik mungkin bagi menyempurnakan melodi yang dikirimkan oleh adiknya itu menerusi e-mel.Afham yang juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi itu turut memberitahu, sebaik saja menerima melodi terbabit, beliau menggarap liriknya dalam tempoh lima minit saja. 

Potret bukan karya pertama dan terakhir yang menyaksikan gandingan dua beradik berkenaan kerana Akim sendiri akan terus memberikan peluang kepada abangnya berkarya menerusi lagu ciptaannya nanti.