MASYAALLAH!!! KINI TERBONGKAR PERKARA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH ZIZAN DAN ISTERINYA.
Dalam diam-diam peminat-peminat Johan Raja Lawak tidak mengetahui yang Johan dan isterinya mempunyai satu sifat yang terpuji di mana mereka selalu memberikan sumbangan makanan percuma kepada jemaah masjid
Namun seperti biasa ada juga bebrepa peminatnya yang mengkritik kerja amal jariah yang telah dilakukan oleh mereka. Semoga mereka istiqamah dalam membuat amal kebajikan .
BEKAS ISTERI SALEH YAKOB DILAMAR OLEH SEORANG LELAKI UNTUK DIJADIKAN ISTERI
Nor Raha muncul kepada media atas nasihat suami yang baru dinikahinya, yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Z pada Disember lalu. Ini adalah bagi merungkai segala misteri di sebalik cerita-cerita yang dibangkitkan oleh Salih sebelum ini yang mendakwa wanita itu meminta cerai kerana punya orang ketiga selepas bertemu rakan lama dalam sesi reunion. Mega catatkan semula hasil temubual dengan anak kelahiran Perak ini mendedahkan punca perceraian antara mereka dari sudut Raha sendiri.
MEGA: Nampak bersinar-sinar kebahagiaan di wajah Raha. Mungkin boleh kongsi sikit kehidupan sekarang.
RAHA: Jelas ke nampak bahagia itu? Alhamdulillah, saya bahagia sekarang. Kalau hendak diibaratkan, mungkin seperti burung yang bebas terbang di udara (ketawa). Mungkin tafsirannya agak berlebihan, tetapi jujur, itu yang saya sedang alami sekarang. Anak-anak pun sedang membesar dengan baik, keluarga pun sihat-sihat belaka. Semuanya baik-baik sahaja.Sudah pun bergelar isteri walaupun baru saja bercerai. Boleh kongsi sedikit, bila Raha melangsungkan pernikahan dengan Mr Z?
Ya, saya sudah berkahwin semula. Pada usia 47 tahun ini, saya tidak sangka akan ada lelaki yang sanggup melamar lagi. Sebenarnya saya risau juga. Maklum sajalah, siapa mahu beristerikan nenek kepada empat cucu seperti saya ini, kan? Syukur kepada Allah, jodoh saya untuk bergelar isteri buat kali ketiga masih ada. Suami saya sekarang berusia 49 tahun dan kami melangsung pernikahan di salah sebuah hotel di ibu kota pada Disember lalu.
Perkahwinan kali ketiga ini, saya difahamkan oleh Salih yang Raha merupakan isteri kedua juga, betul?Ya, betul. Alhamdulillah, isteri pertama menerima kehadiran saya dengan hati terbuka. Jujur, dia pada awalnya sukar untuk menerima saya, tetapi setelah mendengar dengan mulut saya sendiri apa yang saya alami semasa bersama Salih, dia mengerti derita diri ini. Malah, semasa majlis pernikahan saya dengan suami, dia turut hadir dan menyaksikan sendiri akad nikah dilafazkan suami kami. Ibu bapa saya, anak-anak juga menerima suami saya. Seperti saya kata, inilah jodoh.
Sebelum ini, Salih tampil membuat kenyataan yang seakan meletakkan punca perceraian adalah disebabkan oleh Raha sendiri. Malah, dia pernah mendedahkan wujudnya orang ketiga menyebabkan Raha mula tawar hati, betul ke begitu?
Saya sebenarnya malas untuk ambil peduli kenyataan-kenyataan Salih sehinggalah satu ketika, suami menyuruh saya untuk tampil ke hadapan menerangkan perkara sebenar menyebabkan keruntuhan rumah tangga kami. Bukan saya mahu menegakkan benang yang basah, cuma kenyataan-kenyataan Salih sebenarnya jauh dari apa yang terjadi.
Saya juga tidak mahu, suami saya terus-menerus dituduh sebagai orang ketiga. Tuduhan itu bagi saya agak melampau, kerana saya dengan suami baharu sudah lama kenal. Sejak kecil lagi kerana kami membesar di kawasan yang sama, di Bangsar. Jadi, mana datang orang ketiga?
Malah, Salih juga ada mengatakan pertemuan semula atau reunion sebagai punca sedangkan saya sudah hampir lima tahun terlibat dengan aktiviti itu, jadi saya tidak pasti mengapa Salih mengeluarkan kenyataan sebegitu.Jadi apa sebenarnya yang menjadikan hati Raha betul-betul tawar sehingga nekad memohon cerai?
Sebenarnya, saya sudah lama menahan derita, 23 tahun bukan tempoh singkat. Kalau boleh, dari awal dulu saya ingin dilepaskan, tetapi memikirkan anak-anak yang sedang membesar, saya tahan dan terus bersabar.
Hubungan kami sudah lama bermasalah umpama retak menunggu belah. Pada 2012, saya pernah sekali meminta untuk diceraikan. Ketika itu, Salih datang dan memujuk. Hati saya ketika itu rapuh dan apabila dipujuk, saya beri lagi peluang.
Namun, tahun demi tahun, Salih tidak langsung menunjukkan sebarang perubahan. Saya dibiarkan tanpa perhatian. Hati isteri mana yang sanggup bersabar 23 tahun memendam rasa. Tahun lepas, bulan Julai, saya nekad memohon cerai. Salih tidak mengendahkan sehinggalah bulan September, dia melafazkan cerai talak satu di rumah kami.
Adakah kerana hidup berkongsi suami menyebabkan kurangnya kasih sayang dan perhatian yang diberikan Salih?
Poligami itu tidak salah sekiranya suami bijak berlaku adil dan tidak melebih-lebihkan isteri kesayangannya. Tetapi itu yang berlaku dalam rumah tangga kami. Saya langsung tidak diberi perhatian. Bayangkan, ada ketika, sehingga lebih seminggu, dia langsung tidak bertanya khabar tentang saya dan juga anak-anak. Entah makan atau tidak, hidup atau tidak, semua dia tidak kisah.
Zaman sekarang teknologi semua ada, Telefon atau hantar Whatsapp sahaja. Tetapi, dia tak buat semua itu. Saya balik kampung seminggu sehingga sudah pulang ke rumah pun dia tidak tahu.
Saya seperti tidak bersuami. Ibarat digantung tidak bertali. Hati saya sakit, menderita. Sabar saya sudah habis.Mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan Raha meminta cerai?Salih pernah menafikan masalah kewangan sebagai punca. Jangan tipulah. Duit kadang-kadang tidak diberi. Saya meniaga sendiri menjual rempeyek bersama anak-anak untuk menyara ?hidup.
Bukan bererti Salih lupa tanggungjawab, dia ada beri, tetapi mana cukup untuk kami lima beranak. Kadang-kadang anak pergi rumah isteri lain untuk meminta duit daripada bapa mereka, seperti pengemis saya lihat anak-anak saya.
Kadang-kadang, hendak bagi RM50 untuk berbuka puasa pun susah. Saya ingin juga melihat anak menjamu makanan yang sedap-sedap ketika berbuka, tetapi apakan daya, itulah rezeki kami pada ketika itu.
Bukan mahu membuka aib Salih, tetapi saya perlu tampil memberi tahu kebenaran supaya tiada pihak terus menuduh saya sebagai perempuan gatal atau punca perceraian. Cukuplah saya menderita selama ini. Saya cuma ingin bahagia.
Diceraikan oleh Salih, pernah atau tidak, Raha rasa ralat atau menyesal dengan tindakan itu?Menyesal? Tidak mungkin. Sejujurnya, saya lega. Hanya tuhan yang tahu betapa leganya saya ketika cerai dilafazkan. Seolah-olah derita yang ditanggung selama ini terlerai satu-persatu.
Sekiranya saya tidak berkahwin lagi pun, saya tetap dengan keputusan berpisah dengan dia. Saya selama ini menyara hidup sendiri. Memang agak sukar kerana Salih yang membayar rumah dan memberi nafkah, tetapi saya nekad.Malah, sebelum memohon cerai, saya sudah buat solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah. Alhamdulillah, saya kira inilah yang terbaik buat saya.
Tindakan Raha yang terus berkahwin selepas habis tempoh edah menimbulkan persepsi yang Raha sememangnya sudah mempunyai orang lain sebelum bercerai. Mungkin ada ?penjelasan.
Apa yang saya boleh katakan, ini jodoh. Saya dengan suami sudah lama kenal kerana kami hidup berjiran semasa kecil dahulu dan dia merupakan pengerusi kepada kelab reunion yang saya sertai. Pada mulanya, kami kenal hanya sebagai rakan. Tiada istilah bercinta. Namun selepas saya diceraikan, dia melamar untuk mengahwini saya. Bagi saya itu bukan isu.
Saya berkahwin dengannya bukan kerana nafsu, tetapi rasa ingin disayangi. Saya ingin perhatian daripada suami. Saya tidak minta dibelai setiap saat tetapi cukuplah jika memberi rasa yang saya sebenarnya bersuami. Sekarang baru saya rasa perasaan itu. Memang usia perkahwinan kami masih baru, tetapi setakat ini Alhamdulillah, suami memberi kasih sayang seadilnya. Saya juga sudah memberi jaminan kepada isteri pertama yang dia tidak akan rasa seperti dimadukan. Itu janji saya untuk tidak merampas kasih antara mereka.
Di akhir bicara, mungkin Raha ada sesuatu yang ingin disampaikan.Saya anggap ini ketentuan Illahi, Jodoh pertemuan dan juga perpisahan adalah suratan dari-Nya. Kita sebagai manusia perlu menerima qada dan qadar yang tertulis untuk kita. Saya hanya memohon agar semua pihak mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga. Saya selalu berdoa untuk diberi peluang sebegini. Alhamdulillah, tuhan makbulkan. Saya juga meminta agar isu perceraian kami tidak lagi dibangkitkan. Yang sudah berlaku, biarkan sahaja. Jangan anggap pendedahan saya ini sebagai serangan balas tetapi cuma ingin memberi penjelasan. Itu sahaja.
INILAH CARA DIET DENGAN SANTAI TANPA BERLAPAR YANG BOLEH TURUN 5KG SEBULAN
�Aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau,� pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus, aku dah gemuk memang sinonim, kan? Tapi sedarkah mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah.
Kenapa saya kata salah? Sebabnya berlapar atau tahan perut daripada makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5 kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik.
Boleh Ikuti Diet Cara Saya Turun 5 Kg Sebulan Tanpa Perlu Berlapar.
1. Detox Pagi
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh itu minum dahulu segelas air kosong. Ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
2. Detox Sebelum Sarapan
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan, kan? Kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis, kan? Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan. Ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit. Selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.
Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
3. Sarapan 300 kalori atau lebih
Saya tahu nafsu makan sarapan orang Malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah pula dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tidak sah, kan? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat. Sebagai contoh nasi itu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.
Tetapi sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah denga mengamalkan makan oat yang kaya dengan serat. Saya tahu tekak Melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu sahaja, kan? Ini saya berikan cara 5 minit sudah siap hidangan sarapan. Sudahlah sihat, sangat kenyang pula tu. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya. Kan tak pasal-pasal rosak blender mak tu).
Nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, Nak buat menu bersahur pun boleh, antara mahu dan tidak aje.. Jangan banyak alasan dik ..
Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna (opss terpromosi pula) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran, kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.
4. Air Kosong
Penulis, Tengku Asmadi.
PENULIS, TENGKU ASMADI.
Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong disarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari.
Tapikan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas pula asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan. Kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman. Tak adalah melekat aje punggung kat kerusi tu..
Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti.. mainan aje tu dik.
Nak minum air kosong ada perisa sedap tak? Meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji.
Kenapa nak buat macam ini? Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda. Air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ini sehari sekurang-kurangnya 2 liter atau lebih.
BACA: Berjaya Buang 40Kg, Lelaki Ini Berkongsi 7 Cara Turunkan Berat Badan
5. Snek Pagi dan Petang
Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.
Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.
6. Menu Makan Tengahari
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I � ayat tak sedar diri dah gemuk). Ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segenggam lagi kan abang kasi tambah genggam tu haha). Nasi segenggam, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang bersup.Elakkan lauk pauk yang bersantan, goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abang dik, makan ulam aje.
Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari. Diari makanan yang diambilkan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
7. Menu Makan Malam
Ni satu lagi selalu tak makan malamkan. Jangan tau ini abang kasi amaran, makan malam adalah wajib. Tu dia, wajib ya. Menu apa yang nak diambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam. Perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita. Dik jangan ingat kita aje nak rehat, perut pun nak rehat tau.
Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemalasan itu.
8. Detox Malam
Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di nombor 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. Caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau.
9. Senaman
Perlu ke senaman ini? Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan. Kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan di Whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment,, bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tingkat ok sudah. Jangan terlalu paksa diri, buat apa yang anda suka, itu kata kuncinya.
Macam mana mudah ke diet cara saya ini? Tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut. Pelan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah usaha. Usaha Lift Kejayaan.. No U Turn.
P/S: Jika tulisan ini bermanfaat untuk anda sila LIKE dan SHARE dengan seramai mungkin kenalan anda.
Untuk dapatkan tips percuma kurus cara saya sila Like & Share Tengku Asmadi di Facebook dan Instagram.
Saya tak borak kosong ya memang ada bukti ada kawan-kawan yang saya bantu turunkan berat melalui cara saya ini.
En.Hanizan turun paras kolestrol.
Ada ramai lagi yang dah saya bantu. Apa yang saya nak tunjukkan nak kurus ini boleh aje tanpa produk ataupun dengan produk. Yang penting adalah pelan pemakanan yang betul.
TERKINI:PARTI BARU YANG BAKAL MENGUBAH NASIB RAKYAT MALAYSIA,SEBARKAN!!!
Hangat diperkatakan oleh ramai pihak sejak kelmarin apabila diberitakan Tun Dr Mahathir berkemungkinan besar meninggalkan UMNO selepas Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tindakan ini dilakukan oleh beliau kerana beliau sudah tidak lagi yakin terhadap badan kepimpinan UMNO pusat yang pada hemat beliau semakin jauh dari asas UMNO yang beliau tubuhkan pada tahun 1988.
Disamping itu, beliau dikhabarkan tidak lagi mempercayai ketelusan UMNO sehingga menjadikan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz menjadi korban politik di Kedah. Menurut sumber, beliau menegaskan, belum pernah terjadi didalam UMNO seorang Menteri Besar digugurkan dengan cara kotor demikian.
Disebabkan kekecewaan yang mendalam terhadap apa yang berlaku di Kedah, beliau mahu menubuhkan satu parti baru bagi menidakkan kekuasaan UMNO kerana beliau yakon dapat menarik keluar ramai ahli UMNO yang masih taat kepada beliau. Parti baru itu nanti dikatakan bakal di ketuai oleh anak beliau, Datuk Seri Mukhriz.
Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran perkara ini, namun menurut satu sumber yang rapat dengan Tun M memberitahu, beliau sememangnya begitu serius menimbangkan untuk menubuhkan satu parti atau mengambil alih beberapa parti politik kecil seperti parti KITA atau Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Menerusi parti baru ini, beliau menjangkakan akan dianggotai oleh mereka yang tidak lagi mempercayai kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dan lebih memudahkan beliau untuk meneruskan serangan beliau terhadap kerajaan menerusi beberapa skandal yang masih dan sedang membelenggu kerajaan yang ada hari ini.
Andai ini berlaku, ini adalah kali ketiga UMNO berhadapan dengan parti pecahan baru setelah konflik dalaman UMNO membawa kepada penubuhan parti Semangat 46. Ini sekali lagi diulangi pada tahun 1998 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat dan digugurkan daripada UMNO berikutan salah laku.
Tindakan awal Anwar pada ketika itu, menubuhkan Parti Adil bagi berjuang bagi pihak beliau menentang ketidak adilan pentadbiran Tun M semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri. Andai Tun M benar-benar komited mahu menubuhkan satu parti baru atau mengambil alih parti-parti kecil sedia ada, pastinya ia menjadi kejadian ketiga penubuhan parti serpihan daripada UMNO.
TERKINI:VIDEO LELAKI TERBAKAR AKIBAT GAGAL MENGAWAL API KETIKA BAKAR LALANG DI BALING, KEDAH
Video Lelaki Maut Hangus Terbakar Akibat Gagal Mengawal ApiSeorang lelaki yang berusia 70 tahun maut terbakar dalam sebuah tragedi kebakaran lalang di jirat cina jalan rambong pulai baling kedah, sabtu 21.11.2015 Semalam.
Mangsa difahamkan terbakar akibat gagal mengawal api yang membakar lalang tersebut.Ketua operasi pemadam PBK II Mohd Khotib Bin Abdul Rahman berkata,Setiba jentera bomba di lokasi kejadian di dapati kebakaran yang melibatkan lalang di kawasan jirat cina seluas 2 ekar.
Terdapat seorang mangsa telah ditemui terbakar hampir 70% ,Mangsa dipercayai telah meningga dunia di atas kawasan bukit ketika cuba mengawal api kebakaran tersebut,ujarnya.
Tangisan Roh Suami Kaki Facebook|Suami Kaki Facebook Sila Baca Ini Sebelum Menyesal|Saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. �Oh, maafkan saya,� reaksi spontan saya. Dia juga berkata, �maafkan saya juga.� Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.
Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
Hampir saja membuatnya jatuh. �Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!� teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.
Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. �Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu�.
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, �Al-Fatihah� ada yg �RIP�.
Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.
Kemudian ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan�.Maafkan aku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku�.
Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa.
Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.
15 tahun berlalu.kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis�. �Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan�. Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah..� kertas itu basah karena titisan airmatanya..Ya Allah maafkanlah aku�.
Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.Kemudian, aku terbangun�.. Oh Tuhan syukur� Ternyata aku cuma bermimpi�.
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka� �Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. �Anakku, aku mencintaimu� aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku�. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya.
Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.Air mataku tak dapat ku bendung lagi.
Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.
Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf�.Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku�.Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.
INI VIDEO AKTIVITI PARANORMAL DI DALAM WAD YANG BERJAYA DIRAKAM,DAN TELAH DITONTON OLEH BERJUTA ORANG DI SELURUH DUNIA
Satu kejadian paranormal menjadi perbincangan dan menjadi viral di media sosialSeorang wanita yang sedang menemani anaknya yang dirawat di sebuah hospital di Bogor, Jawa barat terkejut apabila laci yang berada di depannya terbuka dan tertutup dengan sendirinya.
Peristiwa tersebut kemudian dituliskan oleh akaun Path Aa 'Ruki. Seperti dipetik dari merdeka.com, Isnin (27/7), Ruki menuliskan, isteri temannya tersebut terbangun kerana mendengar suara laci almari bufet yang terbuka tersebut.
"Beberapa malam yang lalu, di sebuah RS ternama di Bogor. Temennya isteri gua tidur di sana kerana perlu menemani anaknya yang diopname. Suatu malam dia kebangun kerana terdengar suara bising. Didapati lacinya terbuka dan tutup sendiri."
Ruki menambah, awalnya wanita tersebut sempat berfikir untuk lari dari bilik wad tersebut. Namun apabila melihat keadaan anak yang dijaga, ia membatalkan niatnya.
"Nak cabut, tak mungkin pula mau meninggalkan anaknya yang sedang tidur. Lagipun nak keluar pintu mesti lalu di depan almari itu. Loceng pun sudah ditekan, namun jururawat pun tak datang. Lalu dia mengambil keputusan untuk merakamkan dengan menggunakan handphonenya sambil mulutnya tak henti-henti kumat-kamit membaca apa-apap yang patut. Akhirnya dia tak dapat tidur semalaman.
PERTUKARAN MB KEDAH NAJIB MENCONTOHI SAIDINA UMAR AL KHATTAB TUKAR GABENOR!!!
Daripada Abi Nijih �Irbadh bin Sariyah r.a berkata, �Telah menasihati kami oleh RasuluLLAH saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya RasuluLLAH! Seolah olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami,�
Lalu baginda bersabda, �Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigtlah sunah sunah itu dengan gigi geraham�� HR Abu Daud dan Tarmizi. (1) (Kitab karangan Abu Ali Al Banjari An Nadwi)
Keagungan dan kebenaran situasi PERSELISIHAN dalam hadis ini telah pun berlaku dalam negara kita waktu ini. Dan baginda Muhammad saw sebagai nabi kita telah pun menyediakan jawapan yang terbaik bagi mengatasi perselisihan yang berlaku iaitu dengan menjadikan sunnah baginda dan sunnah khalifah baginda sebagai satu rujukan kepada kepimpinan kita untuk tindakan dalam menyelesaikan perselisihan yang berlaku. Ini kerana sunnah nabi dan khulafa ar rasyidin ini merupakan satu panduan yang wajar diikuti yang mendapat jaminan selamat dari api neraka.
Dalam kitab Faslu AL Khitab Fi Shirati Amiril Mu�minin Umar Ibni Al- Khattab: Syakhshiyyatuhu wa Ashruhu, pada muka surat 480 dan 481 berkenaan pemecatan gabenor dan panglima yang dilantik kerana melakukan kesalahan. Khalifah Umar pernah memecat salah seorang komandan yang melakukan perbuatan yang disangka betul akan tetapi sebenarnya salah pada perkiraan khalifah. Komandan tersebut telah meminta askar yang bawahannya menceritakan dosa dosa yang mereka pernah lakukan, lalu kejadian ini sampai ke pengetahuan khalifah dan beliau berkata �Mengapa dia melakukan kesalahan tersebut? Dia membuka rahsia yang sudah ditutupi oleh ALLAH. Demi ALLAH, dia tidak akan menjadi komandan lagi.� Khalifah Umar juga memecat salah seorang gabenor beliau yang telah mengucapkan bait bait syair yang mengungkapkan kesukaannya kepada arak.
Melalui kisah ini, jelas menunjukkan bahawa pemimpin atau pihak tertinggi berhak menukar seorang komandan, pegawai dan gabenor yang dilantik walaupun mereka melakukan kesalahan kecil yang ALLAH murka kerana ingin menjaga kesatuan anak bawahan pasukan tersebut dan seterusnya seluruh kesatuan jamaah. Iniah antara contoh sunnah yang WAJIB kita ikuti.
ISLAM Mengajar Berbeza Dengan Perbuatan MELAYU Waktu Ini
Kita semua hamba ALLAH adalah sama yang berasal dari air mani yang jika di campak ke tanah, ayam tidak akan mematuk untuk makan, tiada yang mulia melainkan amal perbuatan. (Konteks berbeza dengan nabi dan rasul) Dan ada dari kalangan kita, ALLAH beri dugaan dengan KEMULIAN jawatan sebagai PEMIMPIN. Hanya ALLAH yang boleh memberi dan menarik kekuasaan dari kita semua, ini berdasarkan dalil ayat 26, surah Al Imran �Katakanlah (Wahai Muhammad), wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinntahan, Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki�.
Sebagai pemimpin dan juga hamba ALLAH, seorang pemimpin sudah tentu mempunyai kelemahan. Dan ALLAH tidak pernah menzalimi kita sebagai hambaNYA, kita telah ditunjukkan kaedah penyelesaian dalam menghadapi setiap dugaan. ALLAH telah mengajar kita melalui mafhum sabda baginda nabi Muhammad saw bahawa jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin melalui riwayat Abu Daud, al Tarmizi, al Nasai, Ibn Majah dan Ahmad. (2)
Melalui sabda baginda nabi Muhammad SAW juga, di riwayatkan Imam Ahmad �Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang terangan, tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatilah)��(3). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling utama dalam menasihati seorang pemimpin dan tindakan selain dari dalil ini akan menjurus kepada kemurkaan ALLAH dan terkeluar dari aliran Ahlus Sunnah Waljamaah.
Malah ALLAH mengajar kita ketika memberi nasihat, bagaimanakah cara percakapan ketika berhadapan dengan pemimpin melalui dalilnya ayat 43 dan 44 surah Taha, �Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan perkataan lemah lembut�� (4). Dalil ini sudah cukup jelas bagaimana ALLAH mengajar kita semua sebagai hambaNYA bahawa, apabila kita hendak menasihati seorang pemimpin, maka hendak lah berkata dengan lembut samada pemimpin itu kafir dan lebih lagi seorang MUSLIM. Sebarang ucapan yang berunsur provokasi, hinaan, celaan dengan niat hendak menjatuhkan maruah pemimpin adalah HARAM sama sekali.
Inilah keindahan dan keagungan ISLAM yang kita perlu amalkan. Akan tetapi senario dalam negara kita kebelakangan ini amatlah berbeza dengan suruhan ALLAH dan amat mengecewakan sekali, ada segelintir mantan pemimpin atasan dalam kabinet, negeri dan individu hanya menggunakan dalil hadis (2) �Kewajipan berkata benar kepada pemimpin� akan tetapi sengaja meninggalkan kaedah menasihati pemimpin seperti dalil (3 & 4)yang diperintah oleh tuhan kita.
Mereka telah sengaja mengusik kehormatan dan kredebiliti pemimpin kita dengan cara memaki hamun, mencela, menyebarkan fitnah dan mengkritik pemimpin kita secara terbuka dan berusaha menyuburkan benih benih kebencian di kalangan rakyat dalam Malaysia dan akhirnya ia telah menyebabkan rosaknya ISLAM yang diamalkan dan tergugat keamanan kerana permusuhan yang berlaku. Apa yang paling menyedihkan bila perbuatan ini yang dilihat satu bentuk bid�ah yang sengaja diada adakan dalam perlaksanaan amar maaruf.
Alhamdulillah, walaupun pemimpin kita diduga dengan peristiwa ini, ALLAH telah mengilhamkan kepada pemimpin kita agar dapat bertindak seperti hadis (1)diatas iaitu kaedah menghadapi perselisihan dan melihat kepada sunnah khalifah ar rashidin sebagai rujukan dalam bertindak. Pemimpin yang melakukan kebhatilan tersebut telah diganti dengan pemimpin yang lebih memahami dan mengamalkan bagaimana kaedah ASWJ dalam mentaati dan menasihati pemimpin. Tindakan yang diambil terhadap pemimpin yang melakukan kebhatilan ini berdasarkan perbuatan khalifah saidina Umar Al Khattab menukar pemimpin yang melakukan perkara yang ALLAH larang demi menjaga kesatuan ummah.
Sayangnya walaupun wujudnya dalil sahih bagi membenarkan tindakan PM DSN menukar menteri dalam kabinet beliau setelah tindakan menteri yang terlibat berlawan dengan suruhan agama. Terlalu ramai kalangan kita termasuk dalam golongan �The Misinformed�,(yang mempercayai maklumat salah) bahawa PM DSN tidak layak menukar menteri tersebut sehingga tidak terkira ruginya kita apabila mengutuk dan menghina tindakan yang dibenarkan ISLAM.
Salah seorang pemimpin yang juga telah melakukan kebhatilan menegur dan mencela pemimpin ialah Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir (DSMM). Pada 20 Dec 2015di Saloma Bistro beliau secara sinis menggambarkan Perdana Malaysia Dato Seri Mohd Najib(DSN) dengan gelaran �Bengap�.https://www.youtube.com/watch?v=7WtwhqTWYdY . Kenyataan yang dibuat secara terbuka ini sudah tentu bertentangan dengan perintah agama melalui hadis yang diriwayatkan oleh al baihaqi dalam Syu�abul Iman 6/69,�Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya��. Kenyataan ini yang kemudiannya mendapat sorakan dalam bentuk sokongan hadirin yang hadir dan tindakan beliau amat jelas menunjukkan beliau meracuni dan memperdaya kita semua untuk lebih membenci pemimpin kita iaitu PM DSN. Satu perbuatan yang begitu bertentangan dengan larangan ALLAH.
Tindakan beliau ini sudah cukup menjadi satu asbab kuat untuk PM DSN mengambil tindakan sama seperti tindakan khalifah Umar menukar Gabenor dan Komandan yang melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah ALLAH dan mengundang kemurkaan ALLAH. Walau bagaimanapun PM DSN bersabar dan memberi peluang kepada beliau untuk berubah.
Cabaran Menghadapi Pilihanraya Semakin Mencabar.
Cabaran Pilihan Raya Umum 14(PRU14) tidak sama dengan PRU13. UMNO bukan sekadar berhadapan dengan DAP, PKR dan PAN (PAS terkeluar dari kumpulan ini) pada PRU14 nanti. Malah UMNO berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu musuh Agama ISLAM dan ALLAH. Ini berdasarkan hujah bahawa DAP telah menerima dana sejumlah RM1.2 bilion atau AS300 juta dari Israel sebagai wakil Israel dalam Malaysia dalam usaha menumbangkan UMNO dalam PRU13 baru baru ini. Seorang bekas ahli DAP berjawatan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu Islam, Mohamed Razali Abd Rahman telah mendedahkan hal ini. https://www.youtube.com/watch?v=Sx1XE29tRoc dan https://www.youtube.com/watch?v=MFk1btX0hsI. Malaysia hendak di tukar kepada negara Kristian. https://www.youtube.com/watch?v=_izY4X9_cfE. Bukan sekadar itu saudara Mohamed Razali juga mendedahkan bagaimana beliau memainkan peranan utama dalam menghancurkan masjid yang berharga rm125 untuk ditukar kepada bangunan komersial diatas perancangan DAP yang menguasai Pulau Pinang. https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/31/pendedahan-mohamad-razali-bekas-pengarah-strategik-hal-ehwal-orang-melayu-islam-dap/. Walaupun berbagai pendedahan yang telah dibuat, DAP tidak pernah sama sekali menyaman Saudara Mohamed Razali jika setiap dakwaan tersebut adalah fitnah. Tindakan ini jelas menunjukkan kesahihan dakwaan yang dibuat keatas DAP.
Keadaan politik negara kita sekarang sudah menjadi genting dan cemas di mana kerajaan sedia ada sudah diganggu gugat kerana penglibatan ISRAEL secara serius dibelakang pembangkang sedia ada, ada kebarangkalian bahawa kerajaan kita mungkin akan dijatuhkan pada PRU14,dan situasi ini amat disedari oleh PM DSN sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia kita. Untuk menghadapi keadaan ini, PM DSN memerlukan pasukan yang amat utuh dan mempunyai ketaatan dan disiplin yang tinggi dari setiap pemimpin yang dilantik beliau. Bukan sekadar kesatuan dalam UMNO perlu kukuh malah penyatuan bangsa MELAYU amat diperlukan di waktu ini.
Diatas kesedaran yang ada dan beberapa tindakan MB Kedah yang banyak menyumbang kepada perpecahan bangsa Melayu dan ahli UMNO (satu perbuatan yang berlawanan dengan suruhan agama agar KESATUAN diutamakan) melalui tindakan beliau yang banyak kali melakukan provokasi dalam mempengaruhi orang ramai agar membenci PM DSN serta kelemahan pentadbiran beliau di Kedah dalam merencana kekuatan UMNO Kedah telah menyebabkan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah bangkit untuk meminta PM DSN campur tangan bagi memperhalusi permintaan mereka agar menukar Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan merangkap MB Kedah.
Jelas keadaan ini berbeza dengan penukaran MB Selangor baru baru ini, ketua ketua bahagian UMNO Kedah seramai 14 orang tidak perlu melakukan �Roadshow� untuk memfitnah MB Kedah sepertimana yang dilakukan oleh parti PKR dalam usaha menjatuhkan maruah Tan Sri Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Menteri Besar Boneka yang mudah dieksploitasi iaitu YB Kajang, Wan Azizah. Tahniah diucapkan kepada Baginda Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj kerana berjaya mengelakkan negeri Selongor dirosakkan oleh pemimpin boneka iaitu Presiden parti PKR.
Dalam menangani perselisihan yang berlaku dalam negeri Kedah, tidak salah danberketepatan sekali dengan perintah ALLAH jika dalil (1) dijadikan satu rujukan bagi Ahli Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam proses mengambil keputusan berkenaan isu perselisihan MB Kedah. Selain dari dalil tersebut, mengikut hukum fekah dalam kitab Mulakhos mandhumah fiqhiyyah telah menyatakan bahawa �idhaa ta�aarodho dhororooni daf�u akhfahuma�. Jika ada 2 mudharat (bahaya) saling berhadapan maka diambil yang paling ringan.
Dalam isu MB Kedah ini ada 2 mudharat yang dikenal pasti.
1) Jika MB Kedah ditukar, berlaku perpecahan kecil yang boleh diatasi dengan baki masa yang ada sebelum menjelang PRU 14. Tindakan juga mengikut dalil (1).
2) Jika MB Kedah Dikekalkan, melalui tindakan MB Kedah sebelum ini yang menyokong perbuatan ayahandanya iaitu Tun Dr Mahathir melakukan provokasi dari pelbagai sudut dalam membangkitkan emosi rakyat agar membenci PM DSN sebagai pemimpin dan boleh menghancurkan kesatuan umat ISLAM Malaysia dan akhirnya menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada UMNO dan paling dikhuatiri mereka mengundi pembangkang pada PRU 14 yang dinaungi oleh ISRAEL. Oleh itu tiada jaminan perbuatan ini tidak berlaku lagi dan ISLAM telah memberi kebenaran untuk menghukum melalui dalil (1). Apabila wujud perselisihan dan bukti kesalahan DSMM yang berlawanan dengan larangan ALLAH.
Jika pembangkang yang dikuasai oleh DAP berjaya memenangi PRU14, maka melalui Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, Singapura yang diketuai PAP boleh di jemput menyertai Malaysia melalui usul yang dicadang dan hanya memerlukan majority mudah sebanyak 112 kerusi bagi meluluskan usul ini.
Cukuplah situasi ISLAM, bangsa MELAYU dinafikan hak di Singapura serta Kesultanan Melayu Singapura yang sepatutnya melindungi bangsa Melayu juga telah berjaya di hancurkan dan sepatutnya takdir ini dijadikan satu pengajaran berguna agar tidak berlaku di Malaysia. Ini lah situasi yang tidak mustahil berlaku di Malaysia.
Melalui Perkara 39(2)a Perlembagaan Negeri Kedah memberi kuasa kepada Pihak Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk melantik MB Kedah tanpa perlu merujuk kepada YB adun yang ada. Walaupun perbuatan provokasi TDM dalam membangkitkan kebencian rakyat dan disokong oleh DSMM yang turut sama bertindak secara tidak aktif dilihat tidak memberi kesan kepada Institusi Kesultanan di Malaysia, akan tetapi untuk jangka masa panjang tindakan mereka ini boeh mengundang bala yang dasyat apabila rakyat sudah terpengaruh dengan provokasi dan memberi undi kepada pembangkang dalam PRU14. Sesungguhnya tindakan provokasi yang dibuat amat besar kesannya.
Sudah sampai masanya pihak Mufti turut membantu menyedarkan rakyat agar yang terpengaruh dengan pemahaman sonsang jangan terlibat dalam kelompok khawarij Moden yng berusaha melakukan PROVOKASI menjatuhkan pemimpin. Kerana ketaatan kepada pemimpin termasuk dalam urusan akidah mengikut aliran ASWJ.
Dato Seri Mukhriz Mahathir dikenali seorang MB Kedah yang gemar mendampingi sekolah pondok, syabas diucapkan. Dan jika selepas ini ALLAH takdirkan berlaku penukaran MB Kedah melalui Perkara 39(2)a, agar kesatuan Melayu di perkukuh dan diperkuat dalam menghadapi PRU 14. Yakinlah DSMM tidak akan terhina dan tercela. Malah DSMM akan dikenali MB Kedah paling STYLO kerana berbesar hati dan redha dengan apa apa yang bakal berlaku. Tindakan mengheret rakyat dan menafikan hak pemimpin tertinggi dan keputusan bersama Ketua UMNO Bahagian Kedah adalah amat bersalahan dengan amalan ASWJ. Kerana panglima perang Saad Bin Abi Waqqas dan Khalid Al Walid ketika dilucutkan jawatan, tidak pernah sesekali mengheret tentera untuk mengekalkan jawatan mereka. Mereka patuh kepada keputusan yang dibuat kerana itu lah yang diajar oleh ISLAM.
Saya tidak khuatir jika artikel ini mengundang CERCAAN, HINAAN dan KEJIAN dari orang ramai. Kerana cukuplan kisah baginda nabi Muhammad SAW dihina ketika menyampaikan kebenaran menjadi satu motivasi kepada saya.
Apa yang paling saya khuatirkan ialah, bila kita semua telah MATI dan situasi ini dihisab. Apakah alasan kita dihadapan ALLAH bila tindakan kita berlawanan dengan dalilNya?
TUNKU IDRIS ISKANDAR CABAR TUNKU MAHKOTA JOHOR!!!!
Jangan keliru dan salah faham dengan tajuk di atas, bukanlah bermaksud admin hendak mengadakan cerita yang dua putera kebanggaan rakyat Johor ini dalam konflik atau apa pun.
Tetapi sebenarnya adik kepada Tunku Mahkota Johor ini nampaknya mula mengikuti jejak langkah abangnya yang sudah berjaya dalam bidang sukan bola sepak bersama pasukan Johor Darul Takzim itu, tetapi bukanlah dengan menubuhkan pasukan bola sepak, sebaliknya Tunku Idris Ismail merancang yang lebih luarbiasa dari itu lagi, apa itu?
Sepertimana abangnya yang merupakan penaung kuat bolasepak Johor, Tunku Idris Iskandar juga merupakan penaung bagi sukan permotoran di Johor dan juga Johor Circuit yang bakal siap tidak lama. Jika abangnya Tunku Mahkota Johor kini berjaya dan terkenal dengan sukan bola sepak dan pasukan Johor Darul Takzim, kini adiknya Tunku Idris Iskandar mula mengorak langkah yang sama tapi dalam bidang permotoran.
Terbaru Tunku Idris Iskandar melancarkan Festival Demi Johor DUA yang mengabungkan 3 elemen sukan permotoran ekstrem yang di jangka mendapat perhatian rakyat johor dan antarabangsa amnya.
Mengabungkan 3 elemen sukan darat, udara dan air di satu venue yang sama di Kota Iskandar Johor Bharu, festival selama 3 hari ini bakal menjadi pemangkin dan permulaan kepada kemeriahan sukan permotoran di Johor di samping bakal menjana ekonomi negeri Johor dan mengamit perhatian pelancong antarabangsa!
Fuhhhh.. memang hebat visi dan misi putera raja Sultan Johor ini, kalau dah abang hebat, mesti adiknya pun hebat juga!