PERTUKARAN MB KEDAH NAJIB MENCONTOHI SAIDINA UMAR AL KHATTAB TUKAR GABENOR!!!
Daripada Abi Nijih �Irbadh bin Sariyah r.a berkata, �Telah menasihati kami oleh RasuluLLAH saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya RasuluLLAH! Seolah olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami,�
Lalu baginda bersabda, �Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada ALLAH dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigtlah sunah sunah itu dengan gigi geraham�� HR Abu Daud dan Tarmizi. (1) (Kitab karangan Abu Ali Al Banjari An Nadwi)
Keagungan dan kebenaran situasi PERSELISIHAN dalam hadis ini telah pun berlaku dalam negara kita waktu ini. Dan baginda Muhammad saw sebagai nabi kita telah pun menyediakan jawapan yang terbaik bagi mengatasi perselisihan yang berlaku iaitu dengan menjadikan sunnah baginda dan sunnah khalifah baginda sebagai satu rujukan kepada kepimpinan kita untuk tindakan dalam menyelesaikan perselisihan yang berlaku. Ini kerana sunnah nabi dan khulafa ar rasyidin ini merupakan satu panduan yang wajar diikuti yang mendapat jaminan selamat dari api neraka.
Dalam kitab Faslu AL Khitab Fi Shirati Amiril Mu�minin Umar Ibni Al- Khattab: Syakhshiyyatuhu wa Ashruhu, pada muka surat 480 dan 481 berkenaan pemecatan gabenor dan panglima yang dilantik kerana melakukan kesalahan. Khalifah Umar pernah memecat salah seorang komandan yang melakukan perbuatan yang disangka betul akan tetapi sebenarnya salah pada perkiraan khalifah. Komandan tersebut telah meminta askar yang bawahannya menceritakan dosa dosa yang mereka pernah lakukan, lalu kejadian ini sampai ke pengetahuan khalifah dan beliau berkata �Mengapa dia melakukan kesalahan tersebut? Dia membuka rahsia yang sudah ditutupi oleh ALLAH. Demi ALLAH, dia tidak akan menjadi komandan lagi.� Khalifah Umar juga memecat salah seorang gabenor beliau yang telah mengucapkan bait bait syair yang mengungkapkan kesukaannya kepada arak.
Melalui kisah ini, jelas menunjukkan bahawa pemimpin atau pihak tertinggi berhak menukar seorang komandan, pegawai dan gabenor yang dilantik walaupun mereka melakukan kesalahan kecil yang ALLAH murka kerana ingin menjaga kesatuan anak bawahan pasukan tersebut dan seterusnya seluruh kesatuan jamaah. Iniah antara contoh sunnah yang WAJIB kita ikuti.
ISLAM Mengajar Berbeza Dengan Perbuatan MELAYU Waktu Ini
Kita semua hamba ALLAH adalah sama yang berasal dari air mani yang jika di campak ke tanah, ayam tidak akan mematuk untuk makan, tiada yang mulia melainkan amal perbuatan. (Konteks berbeza dengan nabi dan rasul) Dan ada dari kalangan kita, ALLAH beri dugaan dengan KEMULIAN jawatan sebagai PEMIMPIN. Hanya ALLAH yang boleh memberi dan menarik kekuasaan dari kita semua, ini berdasarkan dalil ayat 26, surah Al Imran �Katakanlah (Wahai Muhammad), wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinntahan, Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki�.
Sebagai pemimpin dan juga hamba ALLAH, seorang pemimpin sudah tentu mempunyai kelemahan. Dan ALLAH tidak pernah menzalimi kita sebagai hambaNYA, kita telah ditunjukkan kaedah penyelesaian dalam menghadapi setiap dugaan. ALLAH telah mengajar kita melalui mafhum sabda baginda nabi Muhammad saw bahawa jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin melalui riwayat Abu Daud, al Tarmizi, al Nasai, Ibn Majah dan Ahmad. (2)
Melalui sabda baginda nabi Muhammad SAW juga, di riwayatkan Imam Ahmad �Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang terangan, tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatilah)��(3). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling utama dalam menasihati seorang pemimpin dan tindakan selain dari dalil ini akan menjurus kepada kemurkaan ALLAH dan terkeluar dari aliran Ahlus Sunnah Waljamaah.
Malah ALLAH mengajar kita ketika memberi nasihat, bagaimanakah cara percakapan ketika berhadapan dengan pemimpin melalui dalilnya ayat 43 dan 44 surah Taha, �Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan perkataan lemah lembut�� (4). Dalil ini sudah cukup jelas bagaimana ALLAH mengajar kita semua sebagai hambaNYA bahawa, apabila kita hendak menasihati seorang pemimpin, maka hendak lah berkata dengan lembut samada pemimpin itu kafir dan lebih lagi seorang MUSLIM. Sebarang ucapan yang berunsur provokasi, hinaan, celaan dengan niat hendak menjatuhkan maruah pemimpin adalah HARAM sama sekali.
Inilah keindahan dan keagungan ISLAM yang kita perlu amalkan. Akan tetapi senario dalam negara kita kebelakangan ini amatlah berbeza dengan suruhan ALLAH dan amat mengecewakan sekali, ada segelintir mantan pemimpin atasan dalam kabinet, negeri dan individu hanya menggunakan dalil hadis (2) �Kewajipan berkata benar kepada pemimpin� akan tetapi sengaja meninggalkan kaedah menasihati pemimpin seperti dalil (3 & 4)yang diperintah oleh tuhan kita.
Mereka telah sengaja mengusik kehormatan dan kredebiliti pemimpin kita dengan cara memaki hamun, mencela, menyebarkan fitnah dan mengkritik pemimpin kita secara terbuka dan berusaha menyuburkan benih benih kebencian di kalangan rakyat dalam Malaysia dan akhirnya ia telah menyebabkan rosaknya ISLAM yang diamalkan dan tergugat keamanan kerana permusuhan yang berlaku. Apa yang paling menyedihkan bila perbuatan ini yang dilihat satu bentuk bid�ah yang sengaja diada adakan dalam perlaksanaan amar maaruf.
Alhamdulillah, walaupun pemimpin kita diduga dengan peristiwa ini, ALLAH telah mengilhamkan kepada pemimpin kita agar dapat bertindak seperti hadis (1)diatas iaitu kaedah menghadapi perselisihan dan melihat kepada sunnah khalifah ar rashidin sebagai rujukan dalam bertindak. Pemimpin yang melakukan kebhatilan tersebut telah diganti dengan pemimpin yang lebih memahami dan mengamalkan bagaimana kaedah ASWJ dalam mentaati dan menasihati pemimpin. Tindakan yang diambil terhadap pemimpin yang melakukan kebhatilan ini berdasarkan perbuatan khalifah saidina Umar Al Khattab menukar pemimpin yang melakukan perkara yang ALLAH larang demi menjaga kesatuan ummah.
Sayangnya walaupun wujudnya dalil sahih bagi membenarkan tindakan PM DSN menukar menteri dalam kabinet beliau setelah tindakan menteri yang terlibat berlawan dengan suruhan agama. Terlalu ramai kalangan kita termasuk dalam golongan �The Misinformed�,(yang mempercayai maklumat salah) bahawa PM DSN tidak layak menukar menteri tersebut sehingga tidak terkira ruginya kita apabila mengutuk dan menghina tindakan yang dibenarkan ISLAM.
Salah seorang pemimpin yang juga telah melakukan kebhatilan menegur dan mencela pemimpin ialah Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir (DSMM). Pada 20 Dec 2015di Saloma Bistro beliau secara sinis menggambarkan Perdana Malaysia Dato Seri Mohd Najib(DSN) dengan gelaran �Bengap�.https://www.youtube.com/watch?v=7WtwhqTWYdY . Kenyataan yang dibuat secara terbuka ini sudah tentu bertentangan dengan perintah agama melalui hadis yang diriwayatkan oleh al baihaqi dalam Syu�abul Iman 6/69,�Janganlah kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya��. Kenyataan ini yang kemudiannya mendapat sorakan dalam bentuk sokongan hadirin yang hadir dan tindakan beliau amat jelas menunjukkan beliau meracuni dan memperdaya kita semua untuk lebih membenci pemimpin kita iaitu PM DSN. Satu perbuatan yang begitu bertentangan dengan larangan ALLAH.
Tindakan beliau ini sudah cukup menjadi satu asbab kuat untuk PM DSN mengambil tindakan sama seperti tindakan khalifah Umar menukar Gabenor dan Komandan yang melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah ALLAH dan mengundang kemurkaan ALLAH. Walau bagaimanapun PM DSN bersabar dan memberi peluang kepada beliau untuk berubah.
Cabaran Menghadapi Pilihanraya Semakin Mencabar.
Cabaran Pilihan Raya Umum 14(PRU14) tidak sama dengan PRU13. UMNO bukan sekadar berhadapan dengan DAP, PKR dan PAN (PAS terkeluar dari kumpulan ini) pada PRU14 nanti. Malah UMNO berhadapan dengan musuh yang lebih besar iaitu musuh Agama ISLAM dan ALLAH. Ini berdasarkan hujah bahawa DAP telah menerima dana sejumlah RM1.2 bilion atau AS300 juta dari Israel sebagai wakil Israel dalam Malaysia dalam usaha menumbangkan UMNO dalam PRU13 baru baru ini. Seorang bekas ahli DAP berjawatan bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu Islam, Mohamed Razali Abd Rahman telah mendedahkan hal ini. https://www.youtube.com/watch?v=Sx1XE29tRoc dan https://www.youtube.com/watch?v=MFk1btX0hsI. Malaysia hendak di tukar kepada negara Kristian. https://www.youtube.com/watch?v=_izY4X9_cfE. Bukan sekadar itu saudara Mohamed Razali juga mendedahkan bagaimana beliau memainkan peranan utama dalam menghancurkan masjid yang berharga rm125 untuk ditukar kepada bangunan komersial diatas perancangan DAP yang menguasai Pulau Pinang. https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/31/pendedahan-mohamad-razali-bekas-pengarah-strategik-hal-ehwal-orang-melayu-islam-dap/. Walaupun berbagai pendedahan yang telah dibuat, DAP tidak pernah sama sekali menyaman Saudara Mohamed Razali jika setiap dakwaan tersebut adalah fitnah. Tindakan ini jelas menunjukkan kesahihan dakwaan yang dibuat keatas DAP.
Keadaan politik negara kita sekarang sudah menjadi genting dan cemas di mana kerajaan sedia ada sudah diganggu gugat kerana penglibatan ISRAEL secara serius dibelakang pembangkang sedia ada, ada kebarangkalian bahawa kerajaan kita mungkin akan dijatuhkan pada PRU14,dan situasi ini amat disedari oleh PM DSN sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia kita. Untuk menghadapi keadaan ini, PM DSN memerlukan pasukan yang amat utuh dan mempunyai ketaatan dan disiplin yang tinggi dari setiap pemimpin yang dilantik beliau. Bukan sekadar kesatuan dalam UMNO perlu kukuh malah penyatuan bangsa MELAYU amat diperlukan di waktu ini.
Diatas kesedaran yang ada dan beberapa tindakan MB Kedah yang banyak menyumbang kepada perpecahan bangsa Melayu dan ahli UMNO (satu perbuatan yang berlawanan dengan suruhan agama agar KESATUAN diutamakan) melalui tindakan beliau yang banyak kali melakukan provokasi dalam mempengaruhi orang ramai agar membenci PM DSN serta kelemahan pentadbiran beliau di Kedah dalam merencana kekuatan UMNO Kedah telah menyebabkan 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah bangkit untuk meminta PM DSN campur tangan bagi memperhalusi permintaan mereka agar menukar Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan merangkap MB Kedah.
Jelas keadaan ini berbeza dengan penukaran MB Selangor baru baru ini, ketua ketua bahagian UMNO Kedah seramai 14 orang tidak perlu melakukan �Roadshow� untuk memfitnah MB Kedah sepertimana yang dilakukan oleh parti PKR dalam usaha menjatuhkan maruah Tan Sri Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Menteri Besar Boneka yang mudah dieksploitasi iaitu YB Kajang, Wan Azizah. Tahniah diucapkan kepada Baginda Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj kerana berjaya mengelakkan negeri Selongor dirosakkan oleh pemimpin boneka iaitu Presiden parti PKR.
Dalam menangani perselisihan yang berlaku dalam negeri Kedah, tidak salah danberketepatan sekali dengan perintah ALLAH jika dalil (1) dijadikan satu rujukan bagi Ahli Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam proses mengambil keputusan berkenaan isu perselisihan MB Kedah. Selain dari dalil tersebut, mengikut hukum fekah dalam kitab Mulakhos mandhumah fiqhiyyah telah menyatakan bahawa �idhaa ta�aarodho dhororooni daf�u akhfahuma�. Jika ada 2 mudharat (bahaya) saling berhadapan maka diambil yang paling ringan.
Dalam isu MB Kedah ini ada 2 mudharat yang dikenal pasti.
1) Jika MB Kedah ditukar, berlaku perpecahan kecil yang boleh diatasi dengan baki masa yang ada sebelum menjelang PRU 14. Tindakan juga mengikut dalil (1).
2) Jika MB Kedah Dikekalkan, melalui tindakan MB Kedah sebelum ini yang menyokong perbuatan ayahandanya iaitu Tun Dr Mahathir melakukan provokasi dari pelbagai sudut dalam membangkitkan emosi rakyat agar membenci PM DSN sebagai pemimpin dan boleh menghancurkan kesatuan umat ISLAM Malaysia dan akhirnya menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada UMNO dan paling dikhuatiri mereka mengundi pembangkang pada PRU 14 yang dinaungi oleh ISRAEL. Oleh itu tiada jaminan perbuatan ini tidak berlaku lagi dan ISLAM telah memberi kebenaran untuk menghukum melalui dalil (1). Apabila wujud perselisihan dan bukti kesalahan DSMM yang berlawanan dengan larangan ALLAH.
Jika pembangkang yang dikuasai oleh DAP berjaya memenangi PRU14, maka melalui Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, Singapura yang diketuai PAP boleh di jemput menyertai Malaysia melalui usul yang dicadang dan hanya memerlukan majority mudah sebanyak 112 kerusi bagi meluluskan usul ini.
Cukuplah situasi ISLAM, bangsa MELAYU dinafikan hak di Singapura serta Kesultanan Melayu Singapura yang sepatutnya melindungi bangsa Melayu juga telah berjaya di hancurkan dan sepatutnya takdir ini dijadikan satu pengajaran berguna agar tidak berlaku di Malaysia. Ini lah situasi yang tidak mustahil berlaku di Malaysia.
Melalui Perkara 39(2)a Perlembagaan Negeri Kedah memberi kuasa kepada Pihak Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk melantik MB Kedah tanpa perlu merujuk kepada YB adun yang ada. Walaupun perbuatan provokasi TDM dalam membangkitkan kebencian rakyat dan disokong oleh DSMM yang turut sama bertindak secara tidak aktif dilihat tidak memberi kesan kepada Institusi Kesultanan di Malaysia, akan tetapi untuk jangka masa panjang tindakan mereka ini boeh mengundang bala yang dasyat apabila rakyat sudah terpengaruh dengan provokasi dan memberi undi kepada pembangkang dalam PRU14. Sesungguhnya tindakan provokasi yang dibuat amat besar kesannya.
Sudah sampai masanya pihak Mufti turut membantu menyedarkan rakyat agar yang terpengaruh dengan pemahaman sonsang jangan terlibat dalam kelompok khawarij Moden yng berusaha melakukan PROVOKASI menjatuhkan pemimpin. Kerana ketaatan kepada pemimpin termasuk dalam urusan akidah mengikut aliran ASWJ.
Dato Seri Mukhriz Mahathir dikenali seorang MB Kedah yang gemar mendampingi sekolah pondok, syabas diucapkan. Dan jika selepas ini ALLAH takdirkan berlaku penukaran MB Kedah melalui Perkara 39(2)a, agar kesatuan Melayu di perkukuh dan diperkuat dalam menghadapi PRU 14. Yakinlah DSMM tidak akan terhina dan tercela. Malah DSMM akan dikenali MB Kedah paling STYLO kerana berbesar hati dan redha dengan apa apa yang bakal berlaku. Tindakan mengheret rakyat dan menafikan hak pemimpin tertinggi dan keputusan bersama Ketua UMNO Bahagian Kedah adalah amat bersalahan dengan amalan ASWJ. Kerana panglima perang Saad Bin Abi Waqqas dan Khalid Al Walid ketika dilucutkan jawatan, tidak pernah sesekali mengheret tentera untuk mengekalkan jawatan mereka. Mereka patuh kepada keputusan yang dibuat kerana itu lah yang diajar oleh ISLAM.
Saya tidak khuatir jika artikel ini mengundang CERCAAN, HINAAN dan KEJIAN dari orang ramai. Kerana cukuplan kisah baginda nabi Muhammad SAW dihina ketika menyampaikan kebenaran menjadi satu motivasi kepada saya.
Apa yang paling saya khuatirkan ialah, bila kita semua telah MATI dan situasi ini dihisab. Apakah alasan kita dihadapan ALLAH bila tindakan kita berlawanan dengan dalilNya?
Wallahualam.
Salam hormat,
Dato� Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Rabu 3 Februari 2016;
0 comments