Namun berita yang menggemparkan di kalangan penggemar-penggemar industri hiburan tanahair seperti pertunangan, perkahwinan mahupun penceraian menjadikan satu kenikmatan kepada semua yang ingin ambil tahu tentang status artis tersebut.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 27, berkata, dia tidak meletakkan usia atau status seseorang lelaki sebagai tanda aras dalam mencari calon suami, namun lelaki itu seharusnya mempunyai kelangsungan hidup yang berjaya.
Jelas anak kelahiran Kelantan itu, sifatnya yang agak tegas serta matang daripada usianya menyebabkan dia lebih terpikat kepada lelaki yang mempunyai ciri-ciri kematangan yang diakui sukar untuk ditemui.
“Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi."
“Malah, saya juga tidak meletakkan sebarang usia namun apabila menjelang usia 30 tahun ini, sejujurnya, saya sedikit gusar,"
Neelofa baru-baru ini ketika mengacarakan sebuah anugerah menyuarakan kebimbangannya kerana masih belum mendirikan rumah tangga biarpun usianya sudah menghampiri 30 tahun.
Mengulas lanjut, Neelofa berkata, dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum menjumpai calon suami yang benar-benar membuka hatinya.
Malah, pelakon Pilot Cafe itu mengakui, ada sahaja lelaki yang cuba mendekati namun akhirnya kecundang di tengah jalan dek kerana tidak mempunyai persefahaman dalam perhubungan.
“Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami."
“Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya,”
Sebagai penilai, pengkritik mahupun penggemar, kita perlulah mendoakan kebaikan atau bersangka baik dalam semua segi supaya kejahilan sesetengah manusia dapat diperbaiki dan dijadikan penanda aras seterusnya iktibar yang berguna kepada insan lain.
Sumber : Utusan
VIDEO: Video adik Neelofa kutuk guru dan sekolah kerajaan
0 comments